MOST RECENT

|

HAJI DAN UMRAH



Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."

Pengertian Haji dan Umrah pada syarak

Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Syarat-syarat wajib haji:-

1- Muslim
2- Berakal
3- Baligh
4- Merdeka,bukan hamba
5- Mampu atau berkuasa
6- Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.

Bahagian-bahagian haji:-

1. Haji Tamattuk

Istilah Haji Tamattuk adalah mendahulukan umrah dari ibadah haji. iaitu memakai ihram dari miqat dengan niat umrah pada musim haji, setelah tahallul, memakai ihram lagi dengan niat haji pada hari Tarawiah (8 Zulhijah). Bagi yang melaksanakan haji Tamattuk diwajibkan membayar dam.

2. Haji Qiran

Istilah Haji Qiran adalah haji dan umrah dilakukan secara bersamaan. iaitu memakai ihram dengan niat umrah dan haji sekaligus, sampai selesai melontar jamrah Aqabah dan diikuti dengan bercukur atau memotong rambut tanpa tahallul setelah selesai umrah. Bagi yang melaksanakan haji Qiran diwajibkan membayar dam.

3. Haji Ifrad

Istilah Haji Ifrad adalah melakukan ibadah haji kemudian umrah. iaitu memakai ihram dari mikat dengan niat haji saja, kemudian tetap dalam keadaan ihram sampai selesai haji (hari raya kurban). Yang melaksanakan haji ifrad tidak diharuskan membayar dam.

4. Umrah

Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.
Rukun-rukun haji:-

1. Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).

2. Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.

3. Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.

4. Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.

5. Mencukur/menggunting rambut atau sekurang-kurangnya memotong tiga helai rambut.

6. Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan.

Rukun-rukun umrah

1- Berniat ihram di miqat
2- Tawaf umrah
3- Saie
4- Tahlul( bercukur atau menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut.
5- Tertib

Miqat

Miqat terdiri dari dua jenis :

1. Miqat Zamani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺯﻣﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan waktu:
 Bagi haji, miqat bermula pada bulan Syawal sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah yaitu ketika ibadah haji dilaksanakan.
 Bagi umrah, miqat zamani bermula pada sepanjang tahun pada waktu umrah dapat dilakukan.
1. Miqat Makani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﻣﻛﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan tempat:
 Bagi mereka yang tinggal di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri (rumah sendiri). Untuk umrah ialah keluar dari tanah haram Makkah yaitu sebaiknya di Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.
 Bagi mereka yang datang dari sebelah timur seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan kebanyakan negara Asia lain, tempatnya adalah di Yalamlam (ﻳﻠﻣﻠﻢ) atau satu jam sebelum tiba di Jeddah (ﺟﺪﻩ).
 Bagi yang datang dari barat seperti Mesir, miqatnya di Juhfah (ﺟﺤﻔﻪ).
 Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berihram adalah Qarnul Manazil (ﻗﺮﻦﺍﻠﻣﻨﺎﺯﻝ).
 Bagi yang datang dari Madinah, tempat ihramnya di Dzulhulaifah Bir Ali (Abyar 'Ali) (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ).
 Bagi yang datang dari bahagian Iraq pula adalah di Dzatu 'Irq (ﺫﺍﺕ ﻋﺮﻕ).

Niat Haji

Saya mengerjakan haji dan saya berihram dengannya kerana Allah Taala.

Niat Umrah

Saya mengerjakan umrah dan saya berihram dengannya kerana Allah Taala.

Tawaf

Tawaf - (ﻃﻮﺍﻑ) - adalah perlakuan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh Muslim dan hanya dilakukan di Masjidil Haram.

Jenis-jenis tawaf:

1. Tawaf qudum- Tawaf selamat datang
Sunat dilakukan bagi yang baru sampai ke mekah

2. Tawaf ifadhah- Tawaf rukun dan wajib

3. Tawaf wida’ - Tawaf selamat tinggal
- Sunat dilakukan bagi hendak meninggalkan kota mekah

4. Tawaf sunat - Tawaf yang boleh dilakukan bila-bila masa

5. Tawaf nazar - Wajib dilakukan bagi yang bernazar untuk melakukan tawaf

Syarat-syarat Tawaf

1. Suci daripada hadas.
2. Suci daripada najis pada badan dan pakaian.
3. Menutup aurat.
4. Bermula dari tempat yang sejajar atau setentang dengan Hajar Aswad yang ada pada satu penjuru Kaabah itu. Sekiranya seseorang itu memulakan tawafnya pada tepi atau sudut Kaabah yang tidak bersetentang dengannya, maka pusingan itu tidak dikira hingga dia sampai pada sudut Hajar Aswad untuk dikira permulaan tawaf.
5. Mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan.
6. Dilakukan di dalam Masjidil Haram tetapi di luar bahagian Kaabah iaitu di luar Hijir Ismail (ﺣﺠﺮ ﺍﺳﻤﺎﻋﻴﻞ) dan Syazarwan (ﺷﺎﺫﺭﻭﺍﻥ).tidak sah pusingan tawaf mereka memegang kaabah ataupun memegang hijir Ismail dan mesti mengulang semula pusingan tawaf bagi mereka yang memegang atau memasuki hijir Ismail ketika tawaf.
7. Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin.

Sunat-sunat tawaf:-

Berikut adalah perkara yang sunat dilakukan semasa bertawaf:
 Bertawaf dengan berjalan kaki.
 Memendekkan langkah.
 Berjalan cepat dengan berlari anak.
 Istilam kepada Hajar Aswad pada permulaan tawaf sambil mengucapkan "Bismillahi Allahu Akbar". Disunatkan istilam ini sebanyak 3
 Beristilam dengan tangan kanan.
 Beristilam di rukun Yamani tanpa mengupkan tangan.
 Berittibak.(membuka bahu sebelah kanan bagi lelaki)
 Solat sunat tawaf dua rakaat setelah selesai tawaf di belakang Maqam Ibrahim.
 Bertawaf berhampiran Kaabah (bagi memudahkan istilam).


Saei

• Berjalan berulang alik dari bukit safa ke bukit marwa sebanyak 7 kali
• Dilakukan selepas tawaf.

Syarat-syaratnya :

- Dimulakan dari bukit safa dan berakhir di bukit marwa
- Dilakukan sebanyak 7 kali dengan yakin
- Dilakukan selepas tawaf rukun
- Dilakukan dengan perjalanan biasa
- Memulakan niat sai'e semasa mula di bukit safa
- Di sunat berlari-lari anak bermula digarisan lampu hijau dan tamat juga pada garisan lampu hijau bagi yang berkemampuan.

Bertahlul

Bercukur atau bergunting bagi yang mengerjakan haji tamattu’ ataupun mengerjakan umrah sunat,manakala bagi yang mengerjakan haji ifrad mereka tidak boleh bercukur ataupun bergunting kerana mereka masih berada di dalam ihram, jika mereka bercukur ataupun bergunting maka mereka akan dikenakan dam.

Wuquf

Wukuf adalah rukun yang wajib di laksanakan oleh jemaah haji,jika mereka meninggalkan wukuf ini maka haji yang mereka kerjakan tidak diterima oleh Allah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud haji tu wuquf di Arafah. Waktu wukuf ini ialah bermula ketika gelincirnya matahari pada tanggal 9 zulhijjah iaitu apabila masuknya waktu zohor, oleh kerana itu jemaah haji mestilah berada di Arafaf sebelum masuknya waktu zohor pada 9 zulhijjah dan kebiasaannya jemah haji akan bertolak ke arafah pada 8 zulhijah atau disebut sebagai hari tarwiyyah manakala tamatnya waktu wuquf ini ialah sehingga tenggelamnya matahari pada 9 zulhijjah.
Antara doanya adalah: ‘Allahumma lakal hamdu kallazi taqulu wa-khairan mimma naqul. Allahumma laka solati wa-nusuki wa-mahyaya wa-mamati wa-ilaika mabi wa-laka rabbi turathi. Allahumma inni a’uzubika min ‘azabil qabri wa-waswasatis-sodri wa-syatatil amri. Allahumma inni a’uzubika min syarrima tajiu bihi rihu’ (hadith at-Termidzi).

Melontar Dijamrah

Melontar dijamrah ini adalah perkara yang termasuk di dalam wajib haji jika ianya ditinggalkan maka ianya mestilah dikenakan membayar dam. Melontar di jamrah ini
Selain memperbanyakkan doa, kita juga digalakkan berzikir, berwirid dan membaca al-Quran sebanyak mungkin sekuat mampu. Hendalah diingatkan bahawa di Arafah doa-doa yang dibaca mustajab, yakni dimakbulkan oleh Allah (a.w).

Mabit di Muzdalifah

Pada malam 10 Zulhijjah, selepas matahari terbenam (yakni, setelah masuk waktu Maghrib) bertolak dari Arafah ke Muzdalifah sambil memperbanyakkan bacaan Talbiah dalam perjalanan dan diselangi dengan bacaan Takbir (iaitu: ‘Allahu Akbar (3x); Lailaha ilallah wallahu Akbar; Allahu Akbar wa-lillahil-hamd’) berulang-ulang. Singgah yakni mabit di Muzdalifah untuk mengerjakan Solat Maghrib dan Solat Isya’ dengan dijama'kan dan diqasarkan (i.e. jama’ takhir), dan kemudian mengutip batu-batu kecil untuk lontaran di jamrah. Kemudian tidur di kawasan Muzdalifah sambil terus berdoa sebanyak-banyaknya, dan kemudian bangun bersolat Solat Subuh.

Kita perlu mengutip 7 batu kecil untuk lontaran pertama pada 10 Zulhijjah di jamrah Aqabah. Kita juga perlu kutip batu-batu kecil untuk melontar ketiga-tiga jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah - iaitu 7 batu setiap jamrah dikali dgn 3 jamrah dan dikali dgn 3 hari, menjadikan jumlah batu yg kita perlukan 7 + 7 x 3 x 3 = 70 batu kecil semuanya. Dikhuatiri kelak ada lontaran yg tidak mengenai jamrah, maka hendaklah kita sediakan batu tambahan secukupnya.

Sebelum terbit matahari hendaklah kita keluar Muzdalifah berangkat menuju Mina. Di Minalah kita melontar jamrah. Mula-mula melontar Jamrah Aqabah dalam waktu Duha (10 Zulhijjah) dan kemudian melontar ketiga-tiga jamrah pula - Jamrah Ula, Wusta dan jamrah Aqabah (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Bermalam di Mina, Melontar Jamrah Aqabah dan Tahlul Awal

Ketika sampai ke Mina, keluar melontar Jamrah ‘Aqabahdengan 7 biji batu-batu kecil pada waktu Duha (i.e. antara jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi) tanggal 10 Zulhijjah. Setiap lontaran pastikan mengenai jamrah sambil menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’, dan selesai Tahlul Awal dan kita boleh menanggalkan ikhram dan gugurlah pantang larang berikhram/haji kecualipantang larang hubungan suami isteri seperti bercumbu-cumbu dan sebagainya (yakni, mukaddimah persetubuhan) kekal belum gugur.

Ada jema'ah haji yg ingin menyelesaikan hajinya secepat mungkin, maka selepas melontar Jamrah Aqabah mereka kembali ke Mekah, yakni ke Masjidil Haram, untuk mengerjakan Tawaf Ifadah dan Sa'i haji. Kemudian setelah selesai mereka kembali ke Mina untuk melontar ketiga-tiga jamrah pada keesokan harinya, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Melontar Tiga Jamrah Hari-hari Tasyrik

Pada 11 dan 12 Zulhijjah melontar ketiga-tiga jamrah – mulai dengan Jamrah Ula, kemudian Jamrah Wusta dan akhirnya Jamrah Aqabah, 7 kali lontaran dengan batu-batu kecil setiap satu jamrah, dua hari berturut-turut (iaitu 11 dan 12 Zulhijjah). Waktu melontar adalah setelah tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor) sampai sebelum terbit matahari (i.e. tamat waktu Subuh esok harinya). Setiap lontaran hendaklah pasti mengenai jamrah dan dengan menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’. Pada 12 Zulhijjah, sebelum masuk waktu ‘Asar, hendaklah meninggalkan Mina (Nafar Awal). Jika tidak sempat keluar Mina sebelum waktu ‘Asar tanggal 12 Zulhijjah, hendaklah tinggal sehari lagi, dan melontar ketiga-tiga jamrah pada 13 Zulhijjah (Nafar Thani).
Setelah selesai melontar, kembali ke Mekah untuk menyempurnakan Tawaf Ifadah (yakni, Tawaf Haji) dan Sa’i, maka selesailah ibadah haji dan gugurlah pantang larang berikhram yang bakinya (iaitu hubungan suami isteri). Setelah selesai Tawaf dan Sa’i itu maka halallah hubungan kelamin suami isteri.

Mengerjakan Tawaf Ifadah dan Tahlul Akhir

Kembali ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadah dan Sa’i jika belum mengerjakan Tawaf sebelum berangkat ke Arafah dahulu. Setelah Tawaf Ifadah, maka selesailah rukun Haji, dan sudahTahlul Akhir, gugurlah segala pantang larang haji/ikhram, dan sempurnalah ibadah haji.

Yang ditetapkan adalah kita melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah untuk Tahlul Awal, yakni kita boleh bercukur atau memotong bebarapa helai rambut. Dgn itu lucutlah kebanyakan pantang larang atau larangan ikhram/haji kecuali larangan bersabit dengan hubungan suami isteri, terutama hubungan kelamin. Kita boleh melakukan NafarAwal iaitu melontar ketiga-tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah, dgn syarat kita meninggalkan Mina sebelum masuk Waktu 'Asar. Jika kita tidak sempat meninggalkan Mina apabila Waktu 'Asar sudah tiba, maka kita wajib terus berada di Mina sehari lagi untuk melontar tiga jamrah pada 13 Zulhijjah, baru keluar dari Mina, yakni Nafar Thani.

Jika kita tidak kembali ke Mekah selepas melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah untuk mengerjakan Tawaf Ifadah dan Sa'i, maka apabila kembali ke Mekah kita kerjakanlah Tawaf Ifadah dan Sa'i tersebut. Setelah selesai mengerjakan Tawaf Ifadah dan Sa'i, maka selesailah ibadah haji kita (Tahlul Akhir) dan gugurlah pantang larang atau larangan ihram/haji melibatkan hubungan suami isteri itu.

Demikianlah selesainya rukun haji dan pada lahiriahnya dapatlah kita title haji bagi mereka yg inginkan dipanggil orang Haji Sifolan atau Hajjah Sifolan. Sama ada haji yg kita kerjakan itu adalah haji mabrur bergantung kpd pencapaian kita dalam rukun qalbinya, rukun fe'linya dan rukun qaulinya serta ketakwaan serta keikhlasan kita dalam mengerjakannya. Orang yg mendapat haji mabur, balasannya adalah syurga.

Dam

Pengertian Dam Haji & Umrah

Ibadat ganti yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa menurut syarat-syaratnya.

Sebab-Sebab DAM

1. Melanggar pantang larang dalam Ihram
2. Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah
3. Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya
4. Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram
5. Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji
6. Luput Wuquf di Arafah
7. Meninggalkan Tawaf Wada'

Dam Terbahagi :
1. Dam Tertib & Taqdir
2. Dam Tertib & Ta'dil
3. Dam Takhyir & Ta'dil
4. Dam Takhyir & Taqdir

Tertib

Berurutan satu demi satu dengan tiada pilihan kecuali tiada berdaya melakukannya maka dibolehkan berpindah kepada gantinya.

Taqdir

Penentuan syarak sebagai gantinya atau pada barang gantiannya.

Ta'dil

Gantian yang setara yakni tidak berkuasa menyembelih binatang dam digantikan dengan mengeluarkan makanan kepada fakir miskin menurut harga nilaian binatang dam dan jika tiada berdaya digantikan dengan puasa sebanyak bilangan cupak makanan iaitu secupak atau sekurang-kurang puasanya adalah sehari juga.

Takhyir

Boleh dibuat pilihan di antara dam-dam yang ditetapkan.

Dam Tertib & Taqdir

Kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam ini ialah:-

1- Berihram dengan haji tamattuk ataupun haji qiran.
2- Meninggalkan melontar jamrah-jamrah
3- Meninggalkan bermalam di Muzdalifah
4- Meninggalkan bermalam di Mina
5- Meninggalkan ihram di miqat
6- Meninggalkan tawaf wida’ kebiasaannya bagi perempuan yang keuzuran.
7- Luput wuquf di arafah

Kesalahan-kesalahan ini hendaklah menyembelih seekor kambing atapun 1/7 bahagian daripada unta atapun lembu. Sekiranya tidak mampu hendaklah berpuasa sebanyak 10 hari,iaitu 3 hari semasa haji dan tujuh hari selepas pulang ke kampung halaman. Sekiranya tidak terdaya juga disebabkan keuzuran sakit ataupun tua, maka hendaklah dikeluarkan makanan sebanyak secupak bagi satu hari (jumlah keseluruhan 10 cupak).

Dam Tertib & Ta'dil

Kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam ini ialah:-

1- Melakukan persetubuhan di antara suami isteri sebelum bertahlul awal atapun sebelum selesai mengerjakan ibadat umrah.

Kesalahan-kesalahan ini hendaklah menyembelih seekor unta,sekiranya tidak mampu digantikan dengan seekor lembu sekiranya tidak mampu digantikan dengan tujuh ekor kambing atau biri-biri sekiranya tidak mampu hendaklah digantikan dengan membeli makanan dengan nilai harga unta dan diberi makan kepada fakir miskin yang berada di mekah sekiranya tidak mampu juga hendaklah berpuasa dengan nilai cupak makanan yang dapat dibeli dengan harga seekor unta .

Dam Takhyir & Ta'dil

Kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam ini ialah:-

1- Mencabut, mengerat ataupun menebang pokok di dalam kawasan tanah haram.
2- Memburu binatang buruan.
Dam yang dikenakan adalah orang yang melakukan kesalahan ini boleh memilih( takhyir) antara menyembelih binatang yang dijadikan dam ataupun membeli makanan dengan harga yang sama dan disedekahkan kepada fakir miskin yang berada di tanah haram ataupun berpuasa mengikut cupak yang dapat dibeli dengan harga dam tersebut. Manakala bayaran dam kerana menebang pokok di tanah haram adalah sama seperti dam memburu binatang buruan.

Dam Takhyir & Taqdir

Kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam ini ialah:-

1- Mencabut atau menggugurkan tiga helai rambut atau mana-mana bulu dari anggota badan dengan sengaja.
2- Mengerat dan membinasakan kuku.
3- Memakai bau-bauan.
4- Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.
5- Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki atau memakai pakaian yang dilarang ketika berada di dalam ihram.
6- Melakukan muqaddimah persetubuhan.
7- Melakukan persetubuhan selepas tahlul awal.
8- Melakukan persetubuhan kali kedua selepas persetubuhan yang merosakkan haji.
Bagi mereka yang melakukan salah satu daripada kesalahan diatas, maka wajib membayar dam dengan menyembelih seekor kambing atau bersedekah enam orang miskin sebanyak dua cupak makanan bagi setiap orang, ataupun berpuasa selama tiga hari.

Wallahua’lam

Disediakan oleh: Ustaz. Abu Ulwan

"Semoga Sedikit Ilmu Yang Kurniakan Oleh Allah Kepada Saya ini Bermanfaat Untuk Semua Sahabat Yang Melayari Blog Saya Yang Dhaif Di Sisi Allah Ini"

Posted by Iman Consultant on 3:19 AM. Filed under , , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "HAJI DAN UMRAH"

Leave a reply

Blog Archive

Recently Commented

Recently Added